Tuesday, 14 August 2012

Hepi Brithday Mifzal Haikal- 2nd year -06062012

Abang...selamat ulangtahun yang ke 2... dah besar anak bu...

cantikkan kek abang...red velvet....asal nak celebrate ngan papa sekali tapi papa bz ngan game dia...kek dah tempah so sambut ngan kawan2 bu je....selamat ulangtahun ke2 anak bu mifzal haikal semoga panjang umar murah rezeki sihat selalu n jadi anak yg soleh...ibu sayang abg!

seronok abang bu kasi belah kek..hehehhe... tgk kami n kek je...view tu biasalah umah bujang lagipun kami nak gerak p PD jap lagi...heehehehe.

abang nak mamam kek la bu...boleh...jom mamam ni kan kek abang...abang memang suka kek...mcm ibu jugak...hehehehe.. tima acih bu...ame2 abg...hehee


Hepi Anniversary Azanie 3rd years - 06062012

Kek Ulangtahun Azanie yg ke 3 tahun... 06062012...

suprise utk papa...online from KL delivary to opis papa di JB...hebat tak? hehhehe

Papa...tq to be my husband... really2 love u n i miss miss miss u soooo much...
Papa...tq 4 everything....
Papa... moga kita ibu papa abg adik hepi bahgia sihat berpanjangan hingga ke syurga... insyaallah.... soseh soseh....

Family Day JTM- 7 n 8 Julai 2012

Ibu n haikal p...papa tak dapat join ..papa ade game bola kat UKM... tahniah dpt no 2...
ini time dinner...time abg masih ok..jap lagi dia ngamuk sbb ngantuk so ibu takleh melantak rasa je..huhuhuhu...pastu bu org yg bertuah mlm tu tempat ke-2 dapat microwave...besorr...hahahaha


kalau abg tak ngamuk bu ambik hadiah naik stage ni da...hohohoh...


kat depan Ancasa, Port Dickson tempat beradu...ni la bibik2 haikal...hehehhehe.. aunty2 yg baik hati ni bawa ibu n haikal p...papa bz ngan bole nyer...tak dapat join...just jemput kami je bila balik....


anak bujangku diapit anak dara...seronok sekali abang dapat layanan VVIP...hohohohohoo


ini hasil kerja mar...


hoh...semangat mereka...pom pong pom girl...hhehehe...ini la kawan2 saya keje kat sini...serabut tapi best...hahaha... ini muka sebenar mereka..hahahaha... jgn marah...


anakku si hensem...hehehehe...

Tioman Island -24 n 25 March 2012

Kami p tioman...


abg n papa kat kawasan kami beradu loh.. abg tak abih2 ngan ball dia..leh gaduh tak dapat ball...
lalan2 naik moto...round2 pulau...emm...kat bandar tioman island (bandar tau) leh round naik moto dlm 30 min abih la round...hehehehe... ni moto pakcik kat tempat kami mkn dia kasi pinjam free aje...hehhehe...elok2 berbaik ngan org kampung ni..eceh...


aku plak yg sangat teruja ni...hahahhaha.. syoknyer bercuti...


yoooo...abg mane? mcm honeymoon plak..hahhaha... eh...yg belakang tu tepi skit...


ini papa.....


ini ibu...

ini abang...hahahaha... kasi peluang bu n papa renang2...hahahaha.penat berenang tdo sudah abang...

Kami punyer

Ini hasil kami...........kekasih yg ke 2 masing2...


hahaha...putih (fiza), purple (mar),purple (farah),hitam (aku yg punyer), putih (waheeda)...kete geng kami ni...baru harini dapat parking cantik menarik tertarik satu line ni....hahahaha...tahniah buat anda semua...ini hasil anda semua.. semua WW? sorg je guna AH? hehehhe...kenangan kita bersama...disini kita dapat kekasih masing2 ni...

Monday, 13 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Today... 14 ogos 2012..
dah lama tak jumpa anak perempuanku miahani.. rindunyer ibu kat miahani... takpe ye dik nanti umah dah dapat kunci bu renovate skit pastu bu terus ambik adik ye...tak lama dah insyaallah... sblm adik berumur 2 tahun pasti ibu ambik adik camne pun... raya ni pun tak dapat jumpa adik...sian adik tapi nak wat camne...jumpa kejap pun tak best jugak wat sedih je... takpe pendam2 dulu.... sabar je la ye dik... sabtu ni dah nak raya...kejap je...raya jatuh pada birthday ibu tau dik...dulu ade la 1 tahun tu raya pada birthday papa...ni tahun ni borthday ibu lak 19 hb ogos...org2 bertuah je yg dapat celebrate 2 sekali...hehehehe...tahun ni plak semua balik serentak ke raub...BESTnyerrrrrrrrrrrrrrrrr.......miahani je takde...emmm...takpe la...sabar je la...

Now dlm proses beli umah...hartanah kat sini mahal sungguh...nak taknak redah je la sampai bila nak dok jauh ngan anak2...ambik abg ambik adik dok ngan ibu...kasi papa plak ulang alik...bu pon penat gak naik bas tiap minggu...hehehhehe...kasi papa plak...hehhehehe..

raya ni  tema meroooooon...sepasang semua ibu papa abg n adik... comel gitu...hahahah

ini tahun raya kat raub tahun depan belum tentu..hahahah...tapi raya haji ke kelantan la pulak...adil dan saksama tul tak pa? betul2...

Harini selasa...khamis abg dan papa sampai tengahari...abg lepak opis ngan bu, leh la kacau awek2, abg2 makcik2 pakcik2 kat opis ni... papa p servis kete ibu pulak...sian papa selalu kena p servis kete bu...takpe papa baik...ehhehee...VVIP punye layanan oleh Mr Guna...ok apa..hehhehe.. kejap je takyah tunggu lama.. sebut je WW_  244_ selamat aje...heheehe..kan papa kan...tq papa... mlm terus balik raub...bestnyerrrr balik raya!!!! tak sabar nak balik pastu  paling best cuti ! minggu...sakan raya weyyyy...bestnyer!!! dah lama tak cuti2 msia...hehehe.. k la Selamat Hari Raya!!!

Thursday, 15 March 2012

Kenapa Lelaki Berbohong -dari meniti-hari.blogspot-

Speecccclesssss...

Semua di bawah ini aku ambik dari meniti-hari.blogspot, aku ambik ni untuk peringatan aku.... tq meniti-hari....







"Aku hairan la..kenapa suami aku tipu. Kalau dia cakap betul pun, tak kan aku nak marah dia pi main badminton petang semalam"


"Apa dia cakap pada kau?" 


"Dia kata dia balik lewat sebab nak habiskan kerja di ofis. Tapi tadi aku jumpa Nina, dia kata suami aku dan suami dia main badminton lepas ofis petang semalam."


"Agaknya dia tak plan nak main badminton kot, tiba-tiba saja suami Nina mengajak dan dia tak sempat bagitau kau. Ala..tak payah la kau fikir sangat pasal tu.. Dia cuma pi main badminton aje..dengan suami Nina, ok la tu"


"Entah-entah ada perempuan lain kat situ..mana kita tahu.."


"Alahai…janganlah kau susahkan hati sendiri…Tak payah la fikir yang negatif. Kalau kau nak senangkan  hati, tanya sendiri pada suami kau tu"


Itu kisah kawan saya. Kadang-kadang hairan juga, kenapa lelaki tidak berterus terang dengan isteri.? Kenapa mereka harus berbohong pada wanita yang mereka sayang walhal perkara itu bukannya perkara besar pun, setakat pergi bermain badminton dengan kawan saja. Beberapa hari lepas, saya terbaca satu artikel tentang 'Why Men Lie'. Yang tulis artikel tu lelaki. Dia buka rahsia kenapa lelaki suka berbohong dengan isteri..:-)). Penulis tu beri tiga sebab kenapa lelaki berbohong pada isteri walaupun pada perkara-perkara yang remeh:-


1. Sebab yang pertama ialah lelaki fikir pasangannya tidak mahu mendengar jika dia berkata benar.


"Abang, kalau saya pakai baju ni, nampak gemuk ke?" tanya si isteri.


Kalaulah suami berterus terang begini.."Awak ni pakai baju apa pun nampak gemuk", apa agaknya reaksi si isteri?


Dalam situasi begini, kadang-kadang suami serba salah. Berterus terang bimbang isteri merajuk, mulut muncung seminggu, silap-silap kena tidur atas sofa di ruang tamu. 


Apabila suami cuba mengambil hati isteri, dengan mengatakan yang sebaliknya pun, kadang-kadang isteri terasa dia diperli pula. Suami cuba rationalised situasi, yang mana lagi bawa kemudaratan samada bercakap benar atau sebaliknya. Akhirnya suami mengambil keputusan memilih untuk tidak berterus terang kerana suami merasakan itu yang mahu didengar oleh isterinya.


"Ala..sayang ni pakai baju apa pun nampak slim aje" 


"Betul ke bang?"


"Betul"  Walhal saiz si isteri kecil sikit daripada saiz mak hippo..;-))



2. Sebab kedua ialah lelaki fikir pasangannya tidak akan suka lagi atau benci kepadanya jika dia berterus terang.


"Abang dok fikir apa tu.. melayang jauh nampaknya fikiran abang tu?" tanya si isteri.


"Tak fikir apa-apa la sayang" Padahal fikirannya berserabut berfikir tentang kekasih zaman sekolah dulu yang dia terserempak di Coffee Bean petang tadi.


Dua sebab di atas cuma pada fikiran lelaki sahaja. Mereka berfikir begitu. Mungkin pasangan mereka tidak akan bertindak seperti yang mereka fikirkan..;-)


3. Sebab ketiga adalah sebab yang agak memeranjatkan saya selaku perempuan..;-). One of the biggest reasons men lie to women is because they are scared of women. Lelaki tidak takut para fizikal wanita biarpun sais pasangannya macam hippo tapi lelaki sebenarnya takut para EMOSI wanita. Kepada lelaki, emosi adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani. Andainya emosi mereka tercalar, agar sukar untuk pulih dan mengambil masa. Menurut Dr John Cottman (psychologist di University of Washington) wanita lebih bijak mengendali dan menangani emosi. 


Mengendali emosi bagi wanita, adalah seperti terjun ke kolam renang. Basahnya sudah tentu tapi kolam renang tidak luas dan dengan pantas boleh naik semula ke tebing. Bagi lelaki pula, mengendali emosi adalah seperti tercampak ke tengah lautan, tenggelam timbul sedangkan daratan tidak kelihatan dan dikelilingi pula oleh jerung-jerung yang ganas.


Jadi apa kena mengena emosi dengan berbohong? 


Berbohong untuk mengelakkan emosi dari terluka dan melukai. Bayangkan jika suami berterus terang dia mempunyai kekasih lain di luar sana. Si isteri tentu akan terkena renjatan emosi, mengamuk sehari suntuk, macam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Kebanyakan isteri akan bereaksi begitu tapi ada juga isteri yang cool. Itulah yang paling ditakuti oleh suami..emosi wanita yang sedang mengamuk ibarat jerung yang boleh menelannya atau kalau tak telan pun akan terluka sebab digigit. Luka emosi pada lelaki, sukar untuk diubati dan mengambil masa yang lama. Mungkin boleh saya katakan emosi lelaki lebih bersifat seperti bola kaca. Bola kaca jika jatuh ke tanah, berderai dan sukar untuk dicantumkan semula. Untuk mengelakkan semua itu dari berlaku, lelaki akan berbohong.



Jadi, apa yang perlu wanita lakukan? Lelaki takut berhadapan dengan emosi wanita dan emosi sendiri, justeru bagaimana untuk membuatkan lelaki berterus-terang dan tidak berbohong. Wanita harus belajar saikology lelaki. Lihat dan belajar bagaimana lelaki berinteraksi sesama teman lelakinya.


"Petang ni you free. Kita main badminton?" 


"Jom kita lepak kat Coffee Bean sekejap"


Dalam masa mereka bermain badminton dan lepak di Coffee Bean itulah, mereka akan meluahkan perasaan mereka kepada kawan, menceritakan masalah dan sebagainya. Justeru, wanita perlu buat perkara yang sama. Untuk meluahkan perasaan atau untuk membuatkan lelaki meluahkan perasaannya, cari satu perkara sampingan untuk dijadikan sebagai fokus seperti bermain badminton, berenang, makan-makan di tepi pantai dan sebagainya. Kemudian secara tak langsung dan tidak beremosi, bangkitkan perkara yang wanita inginkan kepastian atau perkara yang wanita ingin bincangkan. Woman cannot directly talk about feeling on man's face. Ketika wanita sedang beremosi, lebih baik jauhkan diri daripada lelaki.



Itulah yang disarankan oleh penulis artikel 'why men lie'. Saya cuma berkongsi saja apa yang saya baca dan faham.

Monday, 12 March 2012

12 Mar 2012

12032012

Adus semlm punyer crite...abg nipandai plak nangis time bu nak naik bus...haisey.. sedih aku. Tak puas jumpa bu la tu...ish...tapi nak wat camne aku ken agak p... sabar je la ye abg..i love u..nanti bu balik lagi jumaat ni...kejap je...insyaallah.

Emmm..harini dah siap wat keje tunggu balik je..emm...kat umah pun dah tukar bibik, bibik dah balik...hohhoho ade bibik baru plak..alahai...dah kena masak semula..sian kak ina.. kalau tak bibik dulu dah pandai masak makanan malaysia..aku tukang melantak lebih sedap masak dari aku..hahahaha...kak ina pon sama abg nazarey pon sama..hahahhaa.. mcm tak best plak bgn pagi turun bawah tgk bibik lain...adussss... takde dah nak babai2 p keje..hahaha..dulu aku suka jugak babai2 p opis..yg baru ni aku janggal plak pagi tadi aku senyum je la pastu terus p opis...taktau nak ckp apa..hohohohho.. best lagi bibik lama...ye la sebab dah mcm 'mak' lbh tua, yg baru ni muda plak dari aku..

Harini opis lengang sbb dorg ade mcm2 hal... bual bicara lah, bercuti la..mcm2 lah...aku je still setia menunggu kat kerusi empuk aku ni... hehehehe.. tak empuk pun..keras sbb kerusi baru..kehkehkeh...

Alahai balik ni nak maam ape? aku balik lambat, sian kak ina mesti dia kena masak..takpe balik nanti masak sama2 ye..hehehe..ok la stop la dulu...nanti sambung!!!

9 Feb 2012

09022012,
Harini ngantoknyer…fusshhhhhhhhhhhh…mmg mcm ni kotnyer kontrak kat sini mcm takde keje je…dapat keje aku siapkan pastu dah kena tunggu lama skit plak… now tak tahan sgt dah tadi tertido maklumlah dah lepas mkn tghari…ala…lelap kejap aje..hehhee…memalukan ade plak org nampak.. hehehe..lantok ah.

Esok nak balik mana ni? Klate ke Jb? Ish taktau ah.. encik husben bz plak..hehehhe..

Kehidupan sekarang?emm… BEST sgt2…betul la kalau ade duit semua nak dapat semua benda jadi best takyah isau lgsung pasal duit…hahahhaha..pertama kali dlm idup aku takde masalah kewangan so aku kena nikmati hidup sepenuhnya sekarang…hehehehe Tempoh setahun sahaja…. Pastu mungkin jadi sediakala / taktau lagi tgk rezeki aku. Doalah dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Insyaallah. Hehehe

Papa…tq kerana sentiasa di sisi bubu..bubu sayang sgt papa, abg n adik.

Alhamdulillah… 01022012 aku dpt myItam hasil penat lelah berjauhan dgn anak dan suami berbaloi jugak…syukur sgt2.  No plat kete pun sama ngan no en husben, sukanya aku, tapi kena bayar skit la so takpe la janji puas hati. Tq to Allah.

Abah mak selalu pesan bersyukur apa yg aku ada sekarang , jgn tinggal solat selalu berdoa yg terbaik. Terima kasih abah dan mak yg sentiasa tak jemu bagi nasihat dan dorongan. Sekarang mmg best la kehidupan, apa nak semua dapat. Cuma sacrifice berjauhan dr suami dan anak2.  Kejayaan memerlukan pengorbanan!!!! Ni la yg aku pegang hingga bawa aku ke tahap ini. Alhamdulillah. Betul kata org, yg bulat tak dtg bergolek dan yg pipih tak dtg melayang, semua memerlukan usaha dan pengorbanan. Inilah yg aku telah dan sedang lalui. Fokus, focus, focus dgn apa yg kita buat sekarang, ini semua utk masa hadapan aku dan keluarga aku juga. Syukur…

Tempoh setahun cuma tinggal lagi 8 bulan jadi nikmati… hehehe… nikmati hidup bujang, nikmati kerjaya yg memberi pulangan yg lumayan, nikmati hari2 berkerja, nikmati tdo yg lena, nikmatilah segala-galanya…

19 Jan 2012

Today 19hb jan 2012
Harini ade la jugak keje tapi dah siap dah so taktau nak watpe now jam dah 4.00pm. today plan ngan kawan2 bukak posa sama2 so aku bujang la pulak. Em….rindu nya kat papa n anak2. Takpe sok jumpa papa n lusa jumpa mia, sayang ibu tu la. Balik kali ni nak bawa mia jalan2. Hehe. Pening kepala la sbb tadi kerja main ngan warna warni…pedih mato den ni ho. Esok dah jumaat nak p alamanda cari baju tuk papa, sian papa baju dah lama tak beli…ye la dia tu beli bende lain. Boka pos angan budak2 ni kat dengkil pastu balik ikut si Wahedah…hehe. Ade p tgk wayang skali nih…ah…berbaju kurung I tau…hahaha. Esok papa dating so takyah balik jb,nak balik phg n Kelantan jumpa si puteri sorg tu…rindunyer ibu kat dia. Emm…best la idup sekarang ni. Ade kej yg tak tensionkan diri, relex2 je.hahaha. Ade suami yg sgt baik hati. Ade anak2 yg comel dan sihat2. Ade kawan2 yg ok la setakat ni. Ade mak abak ma abah yg sgt baik dan memahami dan sentiasa mendorong dlm apa saja. Ade org disekeliling yg sentiasa membantu dlm apa jua.